Secret Of Gadis licik
PAUSE HERE
Queen


Nama: Fatin Farhanah bt Badrul
Umur: 19tahun/1996
Birthday: 21 NOV 1996
Asal: Melaka
Fav Food: Makanan yang pedas
Personality: Suka membaca buku,Sangat degil, Manja dengan parents
Taken: By intan payung tralalalla


Scream!


Followers


Instagram


Archive


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Forever loner 😢


Assalamualaikum. . .
Nampak tajuk pun mesti dapat rasa kan yang ni adalah sikit luahan hati dari saya. Saya rasa dengan menulis beban ni akan sedikit kurang menghempap diri saya. Ya ! Sebagai manusia biasa, kita akan sentiasa impikan hidup seperti di dalam cerita dongeng yang akan sentiasa temui bahagia tapi ia takkan pernah serupa dengan kehidupan realiti. Dalam realiti, kita takda magik, kita takda kuda terbang dan sebagainya tapi kita ada diri kita sendiri untuk warnakan kehidupan kita. Pelbagai dugaan saya terima selama 19 tahun saya di dunia yang penuh dengan pura-pura dan tipu. Saya letih dan sudah semakin letih dengan permainan dunia. Jadi takut untuk memberi peluang pada orang lain untuk masuk dalam hidup saya. Setiap Kali terjalinnya sesuatu perhubungan pastinya saya kecewa sendiri diakhirnya. Ya ! Memang kita tak boleh nak harap seseorang itu akan menjadi seperti yang kita impikan dan setiap manusia tu ada perangai masing-masing. Tapi ! Kenapa ? Saya merasakan seolah saya seorang yang harus menjaga dan memuaskan hati semua orang tetapi mereka tidak pernah memikirkan hati saya. Tak minta untuk sentiasa bersama tapi berilah sedikit waktu untuk aku merasai kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Everyone has their own lifes kn ? Macam mana mereka begitu juga saya. Saya juga ada life. Nak buat tu dan nak buat ni. Tapi saya selalu akan curi masa untuk buat sesuatu yang boleh menggembirakan orang lain. Senang kata. Saya sentiasa nak jadi yang terbaik untuk semua orang. Saya jadi pendengar setia untuk mereka. Mendengar luahan hati mereka tanpa ada sedikit pun rasa jemu. Tapi di saat diri ini memerlukan seseorang, semuanya lari entah ke mana. Dan sentiasa memberi feedback yang bagi saya, makin menambahkan lagi kesedihan saya. Apa kurang saya ? Apa sebenarnya yang perlu saya lakukan pada mereka ? Mereka mahu apa ? Soalan yang selalu saya fikirkan dan tidak mungkin ada jawapan. Kerana saya tidak suka untuk memulakan apa-apa pergaduhan hanya dengan soalan yang sebegitu. I'm big enough. Tahun depan 20 already. Da cukup besar untuk fikir sendiri mana patut dan tak patut saya buat. Sampai terkadang rasa ingin selamanya sendiri kerana tiada siapa mampu memahami hati ini. Sekarang, saya makin redha dan makin kuat untuk harungi segala macam jenis cerita kehidupan yang sebenarnya berat tapi dengan mengalirkan air mata, saya jadi lupa untuk sementara. Perjalanan hidup ini jadi makin suram dan gelap apabila saya diuji lagi untuk keberapa Kali.saya sendiri tak pasti. Now ! Saya hanya membiarkan jika ada yang hanya ingin menyinggah sekejap atau yang ingin bersama saya selamanya. Saya tidak kesah. Saya makin lali dan biasa. Terima kasih pada mereka² yang pernah datang untuk mewarnai kehidupan ini dan mengajar saya erti kekuatan yang sebenarnya. Semoga akan ada waktu untuk saya kecapi rasa bahagia semaksimumnya sebelum saya melelapkan mata untuk selamanya. Please ! Give me that chance. Thank you :')



Post a Comment