Secret Of Gadis licik
PAUSE HERE
Queen


Nama: Fatin Farhanah bt Badrul
Umur: 19tahun/1996
Birthday: 21 NOV 1996
Asal: Melaka
Fav Food: Makanan yang pedas
Personality: Suka membaca buku,Sangat degil, Manja dengan parents
Taken: By intan payung tralalalla


Scream!


Followers


Instagram


Archive


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Forever loner 😢


Assalamualaikum. . .
Nampak tajuk pun mesti dapat rasa kan yang ni adalah sikit luahan hati dari saya. Saya rasa dengan menulis beban ni akan sedikit kurang menghempap diri saya. Ya ! Sebagai manusia biasa, kita akan sentiasa impikan hidup seperti di dalam cerita dongeng yang akan sentiasa temui bahagia tapi ia takkan pernah serupa dengan kehidupan realiti. Dalam realiti, kita takda magik, kita takda kuda terbang dan sebagainya tapi kita ada diri kita sendiri untuk warnakan kehidupan kita. Pelbagai dugaan saya terima selama 19 tahun saya di dunia yang penuh dengan pura-pura dan tipu. Saya letih dan sudah semakin letih dengan permainan dunia. Jadi takut untuk memberi peluang pada orang lain untuk masuk dalam hidup saya. Setiap Kali terjalinnya sesuatu perhubungan pastinya saya kecewa sendiri diakhirnya. Ya ! Memang kita tak boleh nak harap seseorang itu akan menjadi seperti yang kita impikan dan setiap manusia tu ada perangai masing-masing. Tapi ! Kenapa ? Saya merasakan seolah saya seorang yang harus menjaga dan memuaskan hati semua orang tetapi mereka tidak pernah memikirkan hati saya. Tak minta untuk sentiasa bersama tapi berilah sedikit waktu untuk aku merasai kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Everyone has their own lifes kn ? Macam mana mereka begitu juga saya. Saya juga ada life. Nak buat tu dan nak buat ni. Tapi saya selalu akan curi masa untuk buat sesuatu yang boleh menggembirakan orang lain. Senang kata. Saya sentiasa nak jadi yang terbaik untuk semua orang. Saya jadi pendengar setia untuk mereka. Mendengar luahan hati mereka tanpa ada sedikit pun rasa jemu. Tapi di saat diri ini memerlukan seseorang, semuanya lari entah ke mana. Dan sentiasa memberi feedback yang bagi saya, makin menambahkan lagi kesedihan saya. Apa kurang saya ? Apa sebenarnya yang perlu saya lakukan pada mereka ? Mereka mahu apa ? Soalan yang selalu saya fikirkan dan tidak mungkin ada jawapan. Kerana saya tidak suka untuk memulakan apa-apa pergaduhan hanya dengan soalan yang sebegitu. I'm big enough. Tahun depan 20 already. Da cukup besar untuk fikir sendiri mana patut dan tak patut saya buat. Sampai terkadang rasa ingin selamanya sendiri kerana tiada siapa mampu memahami hati ini. Sekarang, saya makin redha dan makin kuat untuk harungi segala macam jenis cerita kehidupan yang sebenarnya berat tapi dengan mengalirkan air mata, saya jadi lupa untuk sementara. Perjalanan hidup ini jadi makin suram dan gelap apabila saya diuji lagi untuk keberapa Kali.saya sendiri tak pasti. Now ! Saya hanya membiarkan jika ada yang hanya ingin menyinggah sekejap atau yang ingin bersama saya selamanya. Saya tidak kesah. Saya makin lali dan biasa. Terima kasih pada mereka² yang pernah datang untuk mewarnai kehidupan ini dan mengajar saya erti kekuatan yang sebenarnya. Semoga akan ada waktu untuk saya kecapi rasa bahagia semaksimumnya sebelum saya melelapkan mata untuk selamanya. Please ! Give me that chance. Thank you :')



Health For Malaysia @ RTC Gopeng, Perak

Assalamualaikum. . .
   sebenarnya mula-mula sekali memang rasa terpaksa untuk pergi. tapi lama-lama bila da bekerjasama sebelum  Perak tu. hati ni mula terima je. ya ! memang tak expect yang saya akan pergi somewhere else untuk course saya awal macam ni. memang nervous tapi dengan tunjuk ajar clinician dan lecturers, confident tu datang sikit-sikit. haha. kami stay perak 3 hari 2 malam. haa. selesa sebab disediakan hotel untuk kami, dapat elaun RM 50 dan baucer makanan RM 50. pergi memang tak kena keluar duit sangat pun. bawak diri je. haha. dalam program ni banyak knowledge baru yang saya dapat. as saya seorang student tahun satu, bila pergi program ni banyak jugak la pengetahuan yang saya dengar dari penerangan clinician, seniors dan macam mana nak ada self-confidence tu. alhamdulillah da boleh bercakap da dengan orang. hahaha. kurang da rasa malu tu. ade confident sikit-sikit. ni ada sikit gambar yang sempat saya ambil untuk kenangan . . .

selfie excited sebab dapat bilik besar

hasil tangan kanak-kanak yang datang booth kami

jumpa classmate masa kat matriks pula. dayah gediksss ! haha

i try this drinks. nama dia 'drinks like a boss' minum air ni pun rasa kenyang da. besar sangat cawannya. puas hati laa beli. sedap pun sedap. hehehehe

haaaaa. nampak tak benda tersembunyi haa. ni laa nak cakap. tu cara OT's propose. hahaha. sesaje je tuu sebab takde audience mse tu. so buat la benda merepek. heeee. sweet kan ? k tawu tak yah cakap :p

hand painting from nursing booth. hahaha. comel !



kinetic sands ni la yang jadi tarikan kat booth kami. made up of 99% real sands and 1% secret ingredients. kalau korang pegang confirm rasa best. ni antara bahan terapi yang kami akan guna nanti. selalunya untuk kanak-kanak yang baru nak membesar. eventhough parents pun boleh relax bila main pasir ni. menarik sangat menarik !

health crew yang pergi gopeng. hehe :)



tengah hias booth :)

board untuk booth

sempat jugak amek gambar dengan maskot kucing biru ni. hehe

selfie toilet -.-


on the last day, rasa macam tak nak balik je. sebab sangat best program ni. lupe nak cakap. pagi tu kami ada senamrobik. second day tu la paling penat sebab dia buat zumba kot. semput saya. hahahahahaa. best moment ever. . . nak pergi lagi lagi kalau ada peluang :)

Birthday surprise :)

Assalamualaiku. . .
  Lamanya lahai tak update pape. Masa tu cam takde. Busy manjang. Huhu. Entry hari ni just nak throwback apa surprise yang berlaku on hari birthday saya. heeee. Terima kasih bebanyak pada dua orang kawan saya tuu. Yang kononnya buat-buat lupa padahal saja je nak surprise on that day. terkejut sangat. haahahahaha. memang enjoy la on that day. almaklumlah tak pernah rasa kawan sambut birthday kan ? excited dia confirm la terlebih. jadinya, nak cerita sikit la apa yang berlaku on 21 november 2015 tuu. Firstly, saya rasa agak awkward sebab malulah birthday kita kan ? tak tahu la kenapa perlu malu. lawak kan ? jalan perlahan je belakang diorang. konon-konon tengok fon padahal takde ape pun nak di tengok. malu weyhh. tak taw kenapa. haha. diorang pun buat dek je. macam takde ape yang berlaku. haha. bila diorang perasan yang saya jalan lambat sangat. diorang cakap " weyh fatin, cepat la sikit jalan tu " hahahaha. lawak je. dan hari tu jugak aku pakai bawal depan diorang first time. tu yg awkward tu. siap tegur lagi, lagi la aku malu. memula tu kitorang nak p Mr. DIY nak cari barang untuk program kt perak nanti. da cari tu baru laa enjoy. before tu, kitorang singgah kat kedai ape eak ? hmmm. alaaaa lupe laa. hahahaha. kitorg makan nasi lemak je tapi mahal giler bakhang. haha

halah. . perempuan kan ? memang tak sah la kalau takde selfie gegedik ni. nak share gak tak kira. hahahahaha. tak nak tengok tolong tutup mate k. hehehe. disebabkan saya birthday girl. saya sorang je pakai tudung hijau. hahaha. tu laa dua ketul kawan saya yang ter sayang dan tercinta dekat KTSN ni. . tudung biru plain tuu syawawa and biru bebunga tuu mirot. hahaha




lepas tu kitorang merayap laa kat dalam sunway putra tu. sebab floor tu cantik taw design dia. kitorang yang ala-ala jakun ni mesti la rasa nak try amek gambar. sempat la jugak amek beberapa gambar. hehe. selfie again and again :P



orang tengah betulkan tudung la dia ajak selfie. hampeh tol !

dipaksa pakai topi birthday kat Mr. DIY -.-

dalam monorel

tetibe yang paling tak disangka-sangka. diorang sanggup fulfill wish saya. diorang carikan tempat karaoke as saya da minta banyak kali. hahaha. terharu laa jugak. memang nyanyi ah sepuasnya. hahaaha. thanks gaisss :)



singgah McD jap. hehe

ni la ada beberapa orang kawan yang bagi hadiah yang rata-rata makanan yang nak menggemukkan saya lagi. btw thanks. tak lupa juga pada yang wish. wish pun da rasa terharu da. at least, kalian ingat. tu pun da bermakna da. thank you :)

Big Apple from Mirot

Kek Coklat Comel from Wana n Alia

Auntie Anne's from Kak As (roommate)

Akhir kata, terima kasih untuk ingat saya. never forget every single moment on that day. thanks :)



Kek Condong dan Comot Saya



Assalamualaikum uolls . . .
rasa macam da lama je tak berceloteh dengan uolls. haha. apa khabar ? harapnya semua makin sihat dan sihat ye. walaupun keadaan cuaca yang tak menentu sekarang dengan jerebu lagi. jaga kesihatan ye kawan-kawan. haaa ! Nampak tak gambar kat atas tuu. ehhhhh ! jaga air liur tu jangan meleleh meleleh. haha. itu sebenarnya cerita lama dalam dua minggu lepas kut. tak sempat nak update sebab terlalu busy. huhu. tu kek red velvet homemade. saya buat sendiri. sebenarnya cerita dia macam ni. mula-mula ada sorang hakak ni nak tempeh kek untuk celebrate birthday mak dia. hakak mana ? yang hantu kek tu la. haha. jadinya, malam tu saya cuba buat dulu. sebab diri sendiri pun memang da craving sangat da dengan kek air tangan sendiri. cuba la buat. ya ! memang sedap dan memang jadi. lagi-lagi cheese atas tu yang menyelerakan. tapinya sebab saya tak jadi ambil tempahan tu ialah kek tu comot. sebab nak jual kat orang kan ? macam tak proper la kalau comot tapi harga mahal. so tak jadi la nak amek tempahan tu. memang ambil masa yang lama untuk siapkan kek ni. dari jam 8 petang sampai 12 tengah malam. hahahahaha. mama pun dah membebel dah. " apa tak siap lagi kek kau ni tinn ? " aku gelak je. dan terus usaha siapkan kek tu. daripada try and error ni juga saya dapat belajar banyak benda. antaranya ialah resepi kek tu tak sama dengan resepi muffin. resepi yang saya guna untuk buat kek ni ialah resepi muffin yang saya biasa buat. tak boleh sebenarnya. sebabnya kek tu akan jadi sangat padat dan kemungkinan tengah dia kurang masak. itu kata mama la. lepas tu, satu lagi benda yang saya belajar ialah whipping cream tu tak boleh isi masa kek tu tengah panas sebab nanti whipping cream tu cair. tu la main hentam je, last-last jadi kek condong. hahahhhhaa. sebab dia tak dapat lekat bebetul. mama cakap " takpela. buat je dulu. makan sendiri takpe la kalau condong " ayat pasrah dari mama.walaupun condong tapi sedap tahu. jangan hina kek saya. hehe.*kidding. so terhasilnya kek red velvet saya yang condong dan comot. sebab minat buat kek, saya belasah je semua benda asalkan ada rupa kek. belajar dari kesilapan kan baru la jadi manusia yang berguna. sekian entry saya :)


Segmen : Jom Tingkatkan Jumlah Followers







Assalamualaikum uollss . .

Hari ni saya join segmen yang leya buat. Saya harap contest ni dapat sambutan ye ! Hehe. Syarat-syarat boleh tengok dekat link atas tuu. Moh le beramai-ramai join segmen ni. Meriahkan lagi suasana. Cehhh. . terover pulak. Heeeee. Sekian terima kasih . .

Rancangan Allah itu adalah yang terbaik

Assalamualaikum uolls . .
   Minta maaf sebab agak lama tak update apa-apa. sebenarnya banyak nak cerita kat uolls tapi masa tak mengizinkan. Life sebagai seorang students kan ? memang tak sah la kalau tak busy. jadinya, saya cuba juga korek-korek dan gali-gali untuk cari masa untuk tulis satu entry. Hari ni takde gambar sebabnya taksempat nak cari gambar yang sesuai. jadi saya nak cerita je la sikit perjalanan hidup saya yang mungkin boleh motivated dan reset balik diri uolls. tak special mana pun. cuma nak share the true story about me.
    bila saya cakap saya study dekat mana, dan orang akan expect yang " wah ! mesti rajin blaja ni" " mesti exam selalu dapat dekan " dan seumpamanya. sejujurnya saya hanya manusia biasa yang sama macam uolls ada malas-malasnya. ya ! saya mengaku saya memang pemalas. boleh kira berapa jam je saya hasap buku dan selebihnya masa saya buang tak tau p mana. haha. Allah tu Maha Penyayang kan ? walaupun saya malas dia bagi dan bagi macam-macam kat saya. sampaikan saya rasa, "ya ! aku tak payah belajar la macam ni. aku malas pun dapat je apa aku nak" . sebenarnya tu salah uolls. semua kejayaan di permulaan kita tu semua ujian. Dia nak tengok kita ingat tak kat Dia bila Dia bagi semua tu. UPSR ? saya dapat result cemerlang. PMR ? pun cemerlang. SPM ? walaupun tak straight A tapi kira cemerlang juga.
    then, lepas SPM saya further study di matrikulasi. Benda biasa la orang akan cakap, " cerdiknya masuk matriks " hakikatnya uolls bila masuk situ akan rasa biasa. bila saya melangkah masuk je situ. saya jadi bertambah malas. sebab apa ? saya tahu Allah akan bagi. tapi uolls tanggapan tu semua salah. result saya teruk uolls untuk kedua-dua sem. dan purata kedua tu buat pointer saya jatuh merudum. Allahuuuu ! sedih tu tak yah cakap la. tapi tu bukan cerita yang sedihnya yang saya nak sampaikan.
   tangga seterusnya pula, apply untuk degree kat upu. saya apply, dan berharap dengan pointer yang rendah tu dan muet yang tak seberapa tu saya akan dapat masuk ipta. uolls rasa la kan, saya dapat tak masuk ipta ? cuba teka ? haa ! tak dapat uolls, tak dapat ! bila tengok je mesej tu tangan saya terus menggeletar. mulut tak tahu nak cakap apa. hanya air mata yang tak henti-henti keluar. tak henti-henti air mata keluar. sampai malam saya tak keluar makan. saya left group whatapps semua yang berkaitan dengan matrikulasi sebab apa ? sebab saya malu. malu dengan kawan-kawan. mereka semua dapat apa yang mereka impikan. bila saya cakap kat ayah, dia hanya usap kepala saya dan cakap " sabarlah nak . . . " tu je. tapi saya tahu ayah kecewa. bukan ayah saja tapi mama pun kecewa. daripada dia tengah masak. bila tahu saya tak dapat tawaran mana-mana terus berhenti masak. sedih tu tuhan je yang tahu. Allahuuu ! Allah uji saya dengan seberat-berat ujian. saya jadi putus asa nak study lagi. saya terus cari kerja. bila minta tu terus dapat. tapi mama cakap tak payah la keje dulu. tunggu je yang rayuan. mesti dapat nya. saya ikut cakap mama dan tunggu tawaran yang rayuan.
    sepanjang masa saya tunggu rayuan tu, tiba-tiba mama ajak saya pergi kelas kemahiran anjuran belia untuk 3 hari. saya pun memang dah bosan duduk mereput kat rumah. terus ikut mama. dalam program tu la saya belajar macam mana nak buat kek, nak buat gubahan coklat dan kuih-kuih lain. dan sejak hari tu la saya baru perasan yang saya rupanya berbakat dalam kemahiran tu. Alhamdulillah saya buat bisnes kecil-kecilan sepanjang tempoh tu. dengan sokongan rakan-rakan. dapatla sikit duit poket. saya memang bercadang nak ambil sijil kelulusan kemahiran tu untuk buka bakeri. inshaAllah. dan Alhamdulillah hikmahnya saya belum dapat tawaran kerana Allah nak saya cari bakat yang ada dalam diri saya ni.
   bila dah sedap buat kek apa semua. tiba hari yang dinanti. keputusan rayuan. masa tu, tak silap saya ada event kat kampong. hati ni tak tentu arah. kejap duduk kejap jalan. takut la untuk kecewa untuk yg kedua kali. tepat pukul 12 terus saya hantar mesej untuk cek. then dapat result yang tak disangka-sangka. permohonan rayuan saya diluluskan. Alhamdulillah dapat ipta yang saya idam-idamkan. Ya Allah bersyukur sangat. menangis juga tapi menangis gembira.
   moral untuk cerita saya ni, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. then, manusia itu hidupnya seperti roda. kadang dia atas kadang dia bawah. yang penting usaha dan tawakkal pada Allah. Dia lebih tahu yang terbaik buat kita. InshaAllah. uolls doakan kejayaan saya dunia dan akhirat ye. saya tak malu untuk kongsi cerita ni sebab saya rasa banyak pengajaran yang uolls boleh ambil dari the tru story about me ni. banyak sangatt ! First thing yang uolls kena ingat, letak Allah nombor satu dan beri kepercayaan sepenuhnya pada Dia. InshaAllah perjalanan hidup kita akan indah- seindahnya. sekian terima kasih :)
  

Hati Ku Tertinggal Di KMM

My Roommates

Assalamualaikum. . .
Hari ni entry nak sedih-sedih la. Hihi. Mereka ni semua telah buat hati saya masih tertinggal di KMM. Mana lagi nak dapat roommates sekamcing macam diorang ni, yang sekepala macam diaorang ni. Kalau nak cerita semua kenangan tu memang panjang la kan. Terlalu banyak kenangan tu. walaupun sebilik dengan diorang hanya setahun rasa macam dah lama. Makanan dalam bilik tu langsung tak berkira. Semua makanan kitorang kumpul then masuk dalam peti yang sama. Jadinya sapa yang nak makan ambil je dan tak payah mintak izin pun. Makanan semua kongsi sama-sama. Bila time exam pulak, orang lain duduk sibuk tengah study tapi kitorang boleh lagi huhahua, merayap sana-sini, tidur banyak. Haha. Senang cite semua benda kitorang buat sama-sama. Antara tiga ni, saya paling rapat ngan budak ganu tu. Kitorang panggil dia dengan nama manje dia, cikwaa. Dia sangat lembut orangnya. Marah laa dia macam mana pun dia tetap cool je. Sampaikan saya gelar dia hati batu. Sebab memang takde perasaan. Yang selalu usik dia tu, saya la. Almaklumlah orang Melaka kan. Tak indah la dunia kalau tak usik orang. haha. Lepastu, cikwaa ni boleh katakana rajin la jugak. Asyik nak menyapu je keje dia. Sampailah dia dapat gelaran Cinderella. Kebetulan pulak dia ada selipar strawberi yang bagi saya lawak tapi comel jadinya selipar comel dia tu kitorang panggil kasut cinderalla. Memang Nampak mengarut tapi sebenarnya tu semua kenangan kami. Yang baju kuning tu umi nama dia. Kecil molek je orangnye. Bagi saya la, dia agak pendiam. Sebab dia macam ada dunia dia sendiri. Tapi dia okey je kalau ajak borak ke apa. Dia orang Melaka je memang senang la kalau nak jumpa. Umi ni sangat rajin belajar. Sanggup stay up malam-malam. Lepastu Umi ni kitorang gelar dia snow white sebabnya dia sangat suka makan buah epal.Macam related kan ? Bagikan je gelaran tu. Kalau pergi outing ke apa, parents dia la yang rajin bawak kitorang. Memang baik la.Lagi sorang tu pulak, Naimah namanya. Sangat happy go lucky dan bersifat keanak-anakan. Suara dia macam doraemon. Walaupun dia happy je sentiasa jangan ingat dia tak opernah marah ye. Sekali dia tengah stress. Tuhan je yang tahu macam mana menakutkan bila dia marah. Haha. So far, semua baik-baik je sebab bagi saya biasa la kan. Naimah pulak kitorang gelar princess Aladdin tu, Jasmine. Sebabnya dia suka sangat belanja makan so nampak macam orang senang la kan. So bagi la dia gelaran tu. Yang penting kami empat orang memang sekepala. Diorang la yang sentiasa ada dengan saya bila saya sedih dan kecewa. Memang sampai bila takkan dilupakan.Saya sangat rindukan diorang. Cikwaa, Umi, Naimah ! kita rindu kat korang. Semua da terpisah dah. Memang susah la kalau nak kumpul balik. Kenapalah kita tak bersama je sentiasa. Terasa sunyi tanpa korang, kalau selalu balik kelas je mesti riuh bilik. Tapi sekarang da tak da. Sebab kawan yang baru takkan pernah sama macam kawan yang lama. Korang tetap kawan terbaik yang kita ada. Miss u a lot. Hope korang tak lupakan kita :')